GULAI DARAT KELANTAN – DAGING

 

Gulai Darat atau lebih dikenali juga sebagai Gulai Kawah. Sesuai untuk masakan berasaskan daging atau kambing. Boleh dimakan dengan nasi panas disertakan sambal belacan.

RESIPI GULAI DARAT KELANTAN

Bahan Utama:
1 kg daging
2 sudu besar serbuk Gulai Darat Wau Tradisi
1 kotak santan kotak
1-2 biji ubi kentang
Serbuk perasa
Garam
Gula pasir
1/4 keping gula Melaka
Asam keping
1 sudu besar kerisik

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kering kisar
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu besar ketumbar biji

Cara Penyediaan:
1. Satukan bahan kisar, serbuk kari kampung dan daging. Masak atas dapur sehingga agak agak daging kecut.
2. Masukkan santan cair dan ubi kentang. Masukkan juga asam keping. Biarkan mendidih sehingga daging empuk. Setelah daging lembut, masukkan santan pekat. Kacau rata sehingga sebati. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula Melaka, kerisik dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota: Kari kampung biasanya tidak pecah minyak macam kari biasa. Kuah sedikit pekat. Sedap dimakan dengan nasi dan dicicah dengan roti atau roti jala.

KUZI KELANTAN

Sesuai untuk masakan berasaskan daging, ayam atau kambing, sesuai dimakan bersama dengan roti bulat, roti jala atau nasi.

RESIPI KUZI KAMBING KELANTAN

Bahan Utama
1kg – daging kambing + 1/2 kg tulang rusuk kambing

Bahan Perap
1 sudu (k) – Garam
1/2 inci – Kunyit Hidup
1/2 inci – Halia
3 ulas – Bawang Putih
(tumbuk hingga lumat dan lumurkan pada daging, perap 2 jam)

Bahan Goreng
15 biji – Bawang Merah (dihiris)
10 ulas – Bawang Putih (dihiris)
2 inci – Halia (dihiris)
3 biji – Ubi Kentang (potong sederhana)
1/2 cawan – Biji Gajus atau Badam
1/2 cawan – Kismis
1 cawan – Minyak (untuk menggoreng)

1. Panaskan minyak, goreng bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Kemudian goreng ubi kentang hingga masak, angkat dan toskan. Di ikuti biji gajus dan kismis, goreng sebentar, angkat dan toskan.
3. Akhir sekali masukkan daging kambing, tambah minyak jika perlu dan goreng setegah masak. Angkat dan toskan.

Bahan Rempah Kuzi
4 sudi (b) – Rempah Kuzi Wau Tradisi (gaul bersama air)
2 batang – Kulit Kayu Manis
8 biji – Bunga Cengkih
4 biji – Bunga Lawang
5 biji – Buah Pelaga
2 tin – Susu Cair
1 tin (k) – Tomato Puri
1 botol – Sos Tomato
2 cawan – Bawang Goreng (digaul bersama air – dijadikan pes)
3/4 cawan – Air (secukupnya)
2 sudu (b) Jus Lemon / Jus Limau Nipis
Garam, Gula, Gula Melaka dan perasa secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Ambil 1 cawan minyak gorengan kambing tadi, tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah Kuzi Wau Tradisi, tumis hingga pecah minska.
3. Masukkan daging kambing bersama bahan goreng, susu cair, tomato puri dan pes bawang goreng.
4. Masukkan 3 cawan air atau secukupnya. Renehkan dengan api sederhana, biarkan mendidih dan perasakan dengan garam, gula, gula merah, jus lemon dan perasa. Perlahankan api dan reneh sehingga daging empuk dan kuah hampir pekat.
5. Untuk menghidang, tabur bawang goreng, daun ketumbar, biji gajus atau badam sebagai hiasan pelengkap. Enak di hidang bersama roti jala, nasi minyak atau nasi beryani.

KARI KEPALA IKAN – VERSI INDIA

Menu yang digemari ramai, Selamat Mencuba!!

RESIPI KARI KEPALA IKAN – VERSI INDIA

Bahan Utama:
2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
2. Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Pastikan sentiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus.
3. Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari. Tumis hingga harum dan bawang garing.
4. Bila dah garing masukkan bahan kisar, masak lagi hingga garing dan terbit minyak
5. Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.
6. Masak hingga cili benar-benar garing.
7. Kemudian masukkan rempah kari ikan, masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
8. Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
9. Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa. Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.
10. Kemudian tambahkan air. Biarkan ia merenih sebentar.
11. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
12. Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.
13. Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.

GULAI KERUTUK AYAM KELANTAN

Sesuai untuk masakan berasaskan daging, ayam atau kambing. Selamat Mencuba!!


RESIPI GULAI KERUTUK – AYAM


Bahan Utama :

1 ekor ayam (potong ikut suka)

Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
3 bawang putih
Sedikit halia


Bahan Lain:
4 sudu besar penuh rempah Gulai Kerutuk Wau Tradisi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
Garam dan gula Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang
    dihiris dan bahan yang di blend.
  2. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan
    di blend sahaja tanpa dihiris.
  3. Masukkan rempah kerutuk (boleh pm admin untuk dapatkan rempah)
    yang dibancuh dengan sedikit air,
    kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan
    hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
  4. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula.
    Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit.
  5. Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat. Masakan kerutuk berwarna gelap
    dan berkuah agak pekat.

NASI BERIANI AYAM THAI (KHAW MOK KHAI)

“Khaw Mok Khai” merupakan makanan yang berasal daripada negara Thailand. Antara menu yang sangat popular bagi rakyat Malaysia yang pernah ke negara gajah putih tersebut. Selamat mencuba!!

RESIPI NASI BERIANI AYAM THAI (KHAW MOK KAI)

Bahan Utama:


1 ekor Ayam (dibersihkan)
3 pot Beras (dibersihkan)
4 pot Air
5 sudu Rempah Nasi Kaw Mok WAU TRADISI
5 helai Daun ketumbar
5 sudu Susu pekat
1 biji Asam limau
Garam & gula secukup rasa

Bahan A:

3 ulas Bawang merah (dihiris & tumis)
1/2 biji Bawang besar (dihiris & tumis)
1 ulas Bawang putih (dihiris & tumis)
3 inci Halia (dihiris & tumis)
1 sudu Minyak masak
3 sudu Minyak sapi
4 sudu Mentega
1 btg Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga cengkih
3 biji Cabei
3 helai Daun pandan

Bahan B:


Sos Pencicah
20 sudu Gula halus
1 labu Bawang putih (dikisar)
2 biji Cili api (dikisar)
3 sudu Cuka
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam & tuskan, potong mengikut kesesuaian.
  2. Panaskan minyak masak, minyak sapi & mentega dengan api yang sederhana,
    tumis bahan-bahan A sehingga kekuningan & naik wangi.
  3. Masukkan Rempah Nasi Khaw Mok, (digaulkan sebati dengan air), bersama-sama
    akar daun ketumbar dan gaul.
  4. Kemudian masukkan ayam, gaulkan bersama rempah sehingga ayam menjadi sebati dengan rempah.
  5. Masukkan garam, gula, susu pekat serta asam limau sebagai perasa.
  6. Masukkan beras yang telah dibersihkan & (pastikan sukatan air dengan betul). Biarkan sehingga masak.
  7. Untuk sos pencicah, kisar bahan bawang putih & cili api, kemudian campurkan bersama gula
    halus, panaskan di atas api yang sederhana. Masukkan cuka dan garam secukup rasa serta taburkan daun ketumbar.
  8. Hidangan ini boleh disediakan bersama bawang goreng, sayuran kobis, timun, tomato & daun salad.

GULAI KURMA DAGING / AYAM

Antara menu yang sesuai untuk dihidangkan bersama nasi hujan panas atau nasi minyak serta acar timun. Dikenali juga sebagai “Gulai Putih” dikalangan masyarakat Kelantan.

RESIPI GULAI KURMA DAGING / AYAM

Bahan Utama:

1/2 kg Daging/Ayam (dibersihkan)
2 peket Rempah Gulai Kurma WAU TRADISI (25g)
2 biji Ubi kentang (direbus)
2 biji Cili merah
1/2 biji Bawang besar (dihiris)
4 sudu Minyak masak
5 sudu Minyak sapi
2 kpg Gula Melaka (saiz sederhana)
1 biji Asam limau
5 sudu Susu pekat
2 cawan Santan
Garam & gula (secukup rasa)

Bahan A:

6 ulas Bawang merah (dihiris & tumis)
2 ulas Bawang putih (dihiris & tumis)
1 inci Halia (dihiris & tumis)
2 inci Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga cengkih
2 biji Buah pelaga
2 kuntum Bunga lawang
2 biji Cabei

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak & minyak sapi, tumis bahan A sehingga kekuningan & naik wangi.
  2. Masukkan rempah Gulai Kurma (digaulkan sebati dengan air).
  3. Masukkan daging/ayam, gaulkan bersama rempah sehingga daging/ayam menjadi sebati, masukkan sedikit air jika kering.
  4. Masukkan garam, gula, susu pekat & asam limau sebagai perasa.
  5. Masukkan santan, biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan ubi ketang yang telah direbus, cili merah serta bawang besar.
  7. Biarkan masak sehingga pecah minyak, kemudian boleh dihidangkan bersama nasi panas.