Sesuai untuk masakan berasaskan daging, ayam atau kambing. Selamat Mencuba!!
RESIPI GULAI KERUTUK – AYAM
Bahan Utama :
1 ekor ayam (potong ikut suka)
Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
3 bawang putih
Sedikit halia
Bahan Lain:
4 sudu besar penuh rempah Gulai Kerutuk Wau Tradisi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
Garam dan gula Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)
Cara Memasak:
- Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang
dihiris dan bahan yang di blend. - Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan
di blend sahaja tanpa dihiris. - Masukkan rempah kerutuk (boleh pm admin untuk dapatkan rempah)
yang dibancuh dengan sedikit air,
kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan
hingga air ayam kering dan santan naik minyak. - Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula.
Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. - Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat. Masakan kerutuk berwarna gelap
dan berkuah agak pekat.